My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 15 August 2017

    Bos, Ahli Geng 24 Appache Didakwa




    Seramai 33 orang termasuk seorang ketua kongsi gelap Geng 24 Appache didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang dan menyalurkan bantuan kewangan kepada kumpulan haram tersebut sejak dua tahun lalu. 

    Ketua kongsi gelap terbabit, L. Gunasegaran, 36, bersama 32 tertuduh lain mengangguk faham ketika pertuduhan ke atas mereka dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil dan Mandarin di hadapan Hakim Suzana Hussin.

    Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh sepanjang prosiding yang berlangsung 45 minit bermula pada pukul 12.30 tengah hari. Galeri mahkamah dipenuhi kira-kira 50 ahli keluarga tertuduh dengan masing-masing ada yang menangis dan meraung sebaik mendengar pertuduhan yang dihadapi 32 lelaki dan seorang wanita itu.

    Mengikut pertuduhan, kesemua 32 tertuduh lelaki yang berumur 23 hingga 44 tahun didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 24 Appache bermula 1 Januari 2015 sehingga semalam di kawasan Klang, Selangor.

    Kesemua 32 tertuduh berkenaan didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan di bawah Akta 574 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi setiap seorang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bos, Ahli Geng 24 Appache Didakwa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top