My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 14 August 2017

    Felda D'Saji Optimis Laksana Operasi Di Tiga Lokasi Baru



    Felda D’Saji Sdn Bhd (Felda D’Saji) optimis mampu mencatatkan prestasi perniagaan lebih baik melalui pelaksanaan operasi di tiga lokasi baru pada tahun ini. Pengarah Eksekutif Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Zaki Abdullah berkata, pada masa ini syarikat beroperasi di 11 lokasi di sekitar Lembah Klang. 

    “Kami menjangkakan operasi perniagaan di tiga lokasi baru ini akan meningkatkan pendapatan syarikat sebanyak lima peratus pada tahun ini berbanding tahun lalu,” katanya kepada media selepas pelancaran lokasi baru Felda D’Saji, di sini, semalam.

    Hadir sama, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang merasmikan acara pelancaran lokasi terbabit. Felda D’Saji menawarkan lokasi baru yang terletak di Lake Cempaka Villa, Bandar Baru Bangi untuk pelbagai majlis khas seperti seminar, mesyuarat, sambutan hari lahir, akad nikah dan perkahwinan.

    Lake Cempaka Villa menawarkan kapasiti 350 tempat duduk dan berkemampuan menampung sehingga 2,000 tetamu secara bufet dalam tempoh masa empat jam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Felda D'Saji Optimis Laksana Operasi Di Tiga Lokasi Baru Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top