My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 15 August 2017

    FGV Berminat Tawar Kepakaran



    Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), berminat menawarkan kepakarannya dalam menyediakan perkhidmatan logistik bersepadu dengan pihak yang terbabit dalam pembangunan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL). 

    Kumpulan FGV melalui Sektor Logistik & Lain-lain (LO) baru-baru ini menjemput delegasi dari ECRL untuk melawat fasiliti terbuka depoh Felda Transport Services dan Gudang Kuantan Felda Johore-Bulkers di Pelabuhan Kuantan di Gebeng.

    Pegawai Bertanggungjawab FGV, Datuk Khairil Anuar Aziz berkata, memandangkan pembinaan ECRL akan berpangkalan di Kuantan sebelum diperluas ke Kelantan dan Selangor, FGV mempunyai kelebihan menyediakan perkhidmatan logistik untuk projek itu kerana kemudahannya berada berhampiran dengan Pelabuhan Kuantan.

    “Kami sedang melihat untuk menyokong projek terbabit dari segi menyediakan perkhidmatan pengangkutan bagi membawa peralatan dan bahan binaan di sepanjang keseluruhan projek ECRL. 

    “Kami boleh menjadi antara pusat logistik sehenti untuk projek itu. FGV mempunyai pengalaman dan rekod prestasi yang terbukti di dalam keupayaannya menyediakan perkhidmatan logistik bersepadu seperti Mass Rapid Transit (MRT) dan projek infrastruktur mega lain,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: FGV Berminat Tawar Kepakaran Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top