My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 9 August 2017

    Fokus Persiapan Diri



    Barisan atlet olahraga negara dinasihatkan untuk berhati-hati dengan permainan atlet Thailand yang dilihat seperti menyembunyikan sesuatu. Namun tegas ketua jurulatih olahraga Zainal Abas, tiada apa yang dapat menghalang kebangkitan atlet negara jika mereka bijak mengawal keadaan. 

    Katanya, setiap orang tidak akan dapat mempengaruhi lawan kerana yang penting adalah bagaimana seseorang atlet itu untuk mengawal diri mereka sendiri. “Memang kita tahu Thailand seperti sembunyikan sesuatu.

    “Mereka tidak banyak menyertai pertandingan di peringkat Asia Tenggara. Malah sebelum ini atlet handalan mereka dalam acara 110 meter Jamras Rittidet dikatakan sudah bersara tapi empat bulan sebelum Sukan SEA dia muncul kembali dan melakukan catatan 14.03 saat di Vietnam tempoh hari.
    “Jadi setiap atlet perlu bersedia dan berhati-hati dengan pencabar dari Thailand,” katanya. 

    Bagaimanapun Zainal mengakui persaingan itu tetap ada, begitu juga acara lain, justeru setiap atlet tidak boleh memandang ringan perkara itu. Namun dalam sukan olahraga tiada apa yang boleh dilakukan untuk mempengaruhi prestasi lawan tetapi atlet boleh melakukan sesuatu untuk mengawal apa yang anda buat.

    “Seperti acara 100m, Khairul Hafiz Jantan (gambar) berlari dengan diri sendiri. Tiada apa yang dia boleh buat untuk menjejaskan atlet lawan. Apa yang penting adalah fokus terhadap persiapan diri mereka dan itu yang mereka boleh kawal dan kita lakukan sekarang,” katanya.

    Skuad olahraga negara berpeluang cerah memperbaiki pencapaian dua tahun lalu apabila menyasarkan enam pingat emas. Sasaran itu masih jumlah kecil berbanding 46 emas ditawarkan dalam acara itu. Namun ibu acara olahraga - acara 100m - mampu menjadi milik negara andai Khairul berjaya memberi larian terbaik.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Fokus Persiapan Diri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top