My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 3 August 2017

    Gempa Bumi Lemah Landa Keningau



    Satu gempa bumi lemah berukuran 2.8 magnitud pada skala Richter melanda daerah Keningau pada pukul 11.44 malam tadi. 

    Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi kenyataan laman webnya berkata, gempa bumi tersebut terletak di 5.3 Utara dan 115.6 Timur pada kedalaman 10 kilometer di daerah berkenaan.

    Susulan daripada gempa bumi lemah tersebut Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sabah segera bertindak menjalankan pemantauan di sekitar kawasan Keningau.

    Setakat ini pihak APM masih belum menerima sebarang laporan kerosakan mahupun kemalangan jiwa daripada orang awam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top