My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 9 August 2017

    Kami Mahu Menang Semua Kerusi




    Gendang Pilihan Raya Umum ke 14 semakin kuat kedengaran. Di kala ini, semua parti politik sedang sibuk mempersiapkan jentera masing-maing bagi memastikan kemenangan berada dalam genggaman dan perkara itu tidak terkecuali dengan Barisan Nasional terutamanya MCA.

    Mengimbau keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, harus diakui bahawa MCA gagal mencapai kemenangan besar seperti yang diharapkan. Semuanya gara-gara cara politik kotor yang diamalkan oleh DAP yang menghasut rakyat terutamanya pengundi kaum Cina untuk menolak MCA dengan pelbagai tuduhan dan cerita fitnah yang mereka bawa.

    Mengambil iktibar apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, MCA telah mempersiapkan jentera pilihan raya mereka jauh lebih awal dengan mendekati pengundi di kawasan yang mereka kenal pasti sebagai kerusi yang bakal mereka tandingi.

    Memetik kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong baru-baru ini, beliau meletakkan sasaran yang cukup tinggi buat kesemua calon dari MCA. Beliau dilaporkan berkata, beliau mengharapkan semua calon yang diletakkan kelak mampu memenangi kesemua kerusi yang mereka tandingi dan mengembalikan semula kekuatan MCA di dalam Barisan Nasional.

    Keyakinan beliau ini bersandarkan kepada persiapan awal yang telah dilakukan MCA terutamanya dalam mendekati pengundi-pengundi terutamanya di kawasan yang satu ketika dahulu pernah dikuasai oleh MCA.

    Walaupun menyedari bahawa DAP akan sentiasa cuba menghasut kebencian kaum Cina terhadap Barisan Nasional, namun dengan pendekatan berhemah danberperingkat yang dilakukan oleh kesemua jentera parti, beliau yakin, MCA akan mampu meraih kemenangan yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

    Disamping itu juga, kemenangan besar MCA ini juga diyakini mampu mengukuhkan semula cengkaman Barisan Nasional di negara ini disaat kesemua parti komponen Barisan Nasional termasuk UMNO kini begitu aktif berkempen dan mendekati rakyat tanpa mengira apa jua kaum dan sentimen politik.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kami Mahu Menang Semua Kerusi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top