My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 15 August 2017

    Langkah Kanan Skuad Bawah 22 Tahun Negara



    SITUASI di Stadium Shah Alam agak cemas seketika malam tadi apabila rentak permainan skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara nampak longgar pada penghujung babak pertama. 

    Mana tidaknya, selepas Safawi Rashid menjaringkan gol pembukaan pada minit keempat, mereka seakan-akan hilang punca walaupun menguasai sebahagian besar perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan A acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu.

    Keadaan menjadi serba tidak menjadi buat skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu selepas Brunei berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-12 menerusi jaringan Mohamed Zulkhairy Hady Razali yang bijak melepaskan diri daripada perangkap ofsaid dilakukan oleh barisan pertahanan negara.

    Selepas jaringan penyamaan itu, rentak permainan kedua-dua pasukan nampak seimbang dan mereka sering berbalas serangan. Malaysia yang memiliki deretan peluang untuk menambah jaringan gagal menyempurnakannya dengan baik ekoran sentuhan penyudah lemah.

    Pada separuh masa kedua, skuad negara tampil dengan rentak lebih bertenaga, namun mereka masih mendapati sukar untuk meloloskan diri daripada kepungan jentera pertahanan Brunei. Begitupun, Adam Nor Azlin tampil sebagai penyelamat apabila mudah menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-60 menerusi sepakan sudut daripada Safawi.

    Kedudukan 2-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan walaupun aksi tersebut bakal menyaksikan skuad negara berpesta gol tetapi sebaliknya berlaku apabila berdepan tentangan sengit daripada Brunei.

    Dalam satu lagi perlawanan peringkat Kumpulan A semalam, Myanmar bermula garang apabila menewaskan Singapura 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Esok, skuad negara akan menentang Singapura di Stadium Shah Alam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Langkah Kanan Skuad Bawah 22 Tahun Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top