My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 10 August 2017

    Nur Sajat Dilamun Cinta



    USAHAWAN terkenal yang juga selebriti Nur Sajat dikatakan hangat bercinta dengan jejaka berbadan sado yang dikenali sebagai Coach Yin. Bagaimanapun Sajat ketika dihubungi mengakui lelaki itu adalah rakan lelaki paling rapat dengannya. 

    "Kami berkawan rapat dan saling mengenali hati budi. "Diakui buat masa sekarang dia lelaki paling rapat dengan saya. Selain berhubung kerana urusan perniagaan, dia juga menjadi tempat saya berkongsi masalah," katanya.

    Terdahulu gambar dimuatnaik lelaki itu di laman Instagram miliknya tular di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi. Ditambah pula lelaki itu menutup ruangan komen pada gambar berkenaan.

    "Dalam hidup kita perlu ada kawan rapat. Saya macam orang lain juga mengharap yang terbaik dalam hidup. Soal sayang atau rindu, bagi saya ia subjektif. Perasaan itu bukan hanya untuk kekasih tetapi sesiapa sahaja yang rapat dengan kita," katanya.

    Perkembangan lain, Sajat bakal merakamkan single duet bersama Datuk Aliff Syukri dan sedang menunggu waktu sesuai. "Kami sudah pun berjumpa dan berbincang mengenai perkara ini. Malah konsep dan genre lagu pun sudah ada. Pada masa sama kami juga sudah ada rujukan untuk muzik video nanti," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nur Sajat Dilamun Cinta Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top