My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 16 August 2017

    Pil Paksa Layan



    Sekumpulan wanita warga Indonesia dipercayai dipaksa menggunakan pil perangsang bagi melayan lelaki kemaruk seks di premis yang berselindung di sebalik pusat urutan di Jalan Kidurong, di sini, sejak beberapa bulan lalu. 

    Bagaimanapun, kegiatan sindiket berkenaan terbongkar hasil serbuan polis di premis itu pada jam 11 malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Zailani Amit berkata, lima wanita warga Indonesia berusia 21 hingga 30 tahun diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan migran.

    Menurutnya, hasil pemeriksaan polis menemui empat kondom dan pil perangsang di premis berkenaan yang dipercayai digunakan untuk khidmat seks. “Seorang wanita warga Indonesia berusia 29 tahun iaitu penjaga kepada wanita terbabit turut ditahan polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

    Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 44 akta sama.

    Ahad lalu, lima wanita warga Filipina berusia 20 hingga 30 tahun diselamatkan selepas menjadi mangsa pemerdagangan migran di pusat hiburan di Pusat Komersial Kemena. Semua mereka dijadikan pelaris bagi menarik perhatian pelanggan ke premis berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pil Paksa Layan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top