My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 2 August 2017

    Sarawak Tidak Setuju Rancangan Pengagihan Cukai Pelancongan




    Sarawak tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan baru-baru ini untuk mengembalikan RM1 daripada setiap RM10 cukai yang dikutip daripada pelancong asing untuk penginapan semalaman bagi setiap bilik kepada kerajaan negeri. 

    Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata ini kerana keputusan tersebut berbeza dengan aturan sebelumnya.

    Menurut beliau kerajaan Sarawak dijangka mengemukakan satu memorandum bersama kerajaan Sabah untuk mengadakan rundingan dengan Kuala Lumpur mengenai isu cukai itu dan meminta pemberita menyemak dengan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah tentang perkara berkenaan.

    Beliau berkata demikian dalam pertemuan singkat dengan pemberita selepas merasmikan persidangan Antarabangsa Kedua mengenai Pendidikan Khas 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini pada Isnin.

    Rabu lepas, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) berkata cukai pelancongan akan hanya dikenakan terhadap pelancong asing yang tinggal di semua jenis premis penginapan pada kadar RM10 sebilik semalaman dan kementerian berkenaan merancang untuk memulangkan RM1 bagi setiap RM10 cukai yang dikutip itu kepada kerajaan negeri bagi tujuan memajukan pelancongan. 

    Bagaimanapun, awal bulan lepas, beberapa portal berita melaporkan bahawa Nazri berkata Sabah dan Sarawak akan menjadi penerima terbesar cukai pelancongan kerana "wang itu akan diagihkan secara sama rata mengikut wilayah (Semenanjung, Sabah dan Sarawak), bukan mengikut negeri kerana sekiranya Perlis mendapat jumlah yang sama dengan Sarawak, maka ia tidak adil".
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sarawak Tidak Setuju Rancangan Pengagihan Cukai Pelancongan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top