My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 4 August 2017

    Sekolah Siap 19 Hari



    Kementerian Pendidikan sentiasa memberi perhatian untuk menaik taraf sekolah daif di negara ini dalam usaha menyediakan pendidikan terbaik kepada masyarakat. Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohammad Yusoff berkata, kementerian itu mengenal pasti 30 sekolah di kawasan luar bandar di negeri ini yang memerlukan penambahbaikan. 

    Menurutnya, pihaknya memperuntukkan RM90 juta bagi memastikan sekolah daif di negeri ini dapat disiapkan untuk memberikan keselesaan kepada murid dan guru. “Kementerian sudah meluluskan peruntukan untuk menaik taraf sekolah daif di kawasan luar bandar di Sarawak.

    "Projek naik taraf sekolah berkenaan dijangka dapat disiapkan selewat-lewatnya penghujung tahun ini menggunakan sistem binaan industri (IBS) bagi memendekkan tempoh pembinaan,” katanya selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rawangan Putin, di sini, semalam. 

    Menurutnya, antara contoh sekolah yang menggunakan IBS adalah SK Haji Bujang Rawangan Putin dengan kos RM1.5 juta berjaya disiapkan dalam tempoh 19 hari. Katanya, pihaknya juga akan memberi keutamaan pembinaan sekolah baru di negara ini menggunakan IBS bagi mengatasi masalah projek tergendala.

    “Dengan menggunakan sistem (IBS) ini, sekolah mampu disiapkan dalam masa singkat di samping kualiti tinggi serta reka bentuk yang menjamin keselesaan pelajar. Pembinaannya juga tidak memerlukan pekerja yang ramai bagi menghasilkan komponen atau untuk menyiapkan binaan di sekolah terbabit,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sekolah Siap 19 Hari Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top