My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 14 August 2017

    Semuanya Salah UMNO...



    Di dalam kem pembangkang hari ini, sekiranya berlaku sesuatu yang tidak mereka ingini atau berlaku sebarang masalah, tiada pihak lain yang akan disalahkan melainkan UMNO. Sebut sahaja apa jua permasalahan yang berlaku termasuk penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semua itu adalah salah UMNO.

    Memang amat mmelucukan apabila melihat bagaimana mentaliti pembangkang di negara ini. Mari kita selidiki beberapa perkara yang ditimbulkan oleh mereka sendiri tetapi yang dipersalahkan adalah UMNO dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

    Pada tahun 2014 yang lalu, sewaktu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun, antara pihak yang dipersalahkan adalah UMNO oleh Anwar sendiri. Dia mendakwa, UMNO sengaja mahu memenjarakannya atas tuduhan liwat walhal hukuman yang diterima Anwar telah dibuktikan di mahkamah atas segala bukti yang ditampilkan.

    Semasa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan oleh SPRM sehingga membawa kepada pendakwaannya atas kesalahan menyalah gunakan kuasa terhadap pemilikan sebuah rumah banglo di Jalan Pinhorn dan penyelewengan tanah Taman Manggis, Lim Guan Eng menuduh UMNO sengaja mahu merosakkan reputasinya sebagai Ketua Menteri.

    Walhal, penahanannya itu dilakukan oleh SPRM setelah lebih sebulan siasatan dilakukan di rumah dan pejabatnya di Komtar. Begitu juga dengan kes membabitkan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Datuk Adam Rosly dalam kes penggubahan wang haram. Seperti biasa, pihak yang dipersalahkan adalah UMNO walhal yang membuat laporan penyelewengan ini adalah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

    Penahanan Phee Boon Poh baru-baru ini juga dikatakan disebabkan oleh UMNO yang mahu menjahanamkan DAP. Apa yang berlaku sebenarnya adalah, laporan dan pendedahan yang dibuat oleh ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin dari PKR yang mahu SPRM bertindak keatas sebuah kilang memproses habuk kayu di Sungai Lembu, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

    Terbaru, suasana kecoh berlaku semasa majlis Nothing to Hide 2.0 yang membawa kepada insiden kerusi terbang, pembakaran suar dan pergaduhan sesama penyokong PPBM. Ironinya, tidak sampai sejam insiden berkenaan berlaku, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mendakwa kejadian berkenaan berlaku disebabkan oleh taktir kotor UMNO.

    Walhal, pihak berkuasa baru sahaja menahan suspek yang dikatakan memulakan kekecohan pada majlis berkenaan. Justeru, ingin ditanyakan kepada Azmin, bagaimana dia tahu semua itu angkara UMNO sedangkan pihak polis masih belum memulakan siasatan?

    Inilah mentaliti pembangkang di Malaysia. Pantang sahaja perkara buruk berlaku terhadap mereka, pasti UMNO akan dipersalahkan walhal semua Bahagian UMNO sendiri sedang sibuk mengadakan Mesyuarat Bahagian masing-masing dan langsung tidak berminat untuk mencampuri urusan pembangkang.

    Mungkin sahaja mereka sebenarnya amat merindui UMNO sehingga sewenang-wenangnya menuduh UMNO terlibat dalam banyak perkara. Mereka langsung tidak berminat untuk menyiasat sendiri punca kejadian berkenaan berlaku. Apa yang mereka tahu adalah, salahkan UMNO walaupun UMNO langsung tidak terlibat dalam kebodohan mereka ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Semuanya Salah UMNO... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top