My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 9 August 2017

    Suami Mahu Kahwin Lagi Ditetak Isteri



    Gara-gara melahirkan hasrat untuk berpoligami, seorang lelaki cedera parah dan menerima lebih 15 jahitan di beberapa bahagian badan selepas dipercayai ditetak isterinya dengan menggunakan sebilah pisau pemotong sayur di rumah mereka di Kampung Manek Urai Lama di sini Khamis minggu lalu. 

    Dalam kejadian pada pukul 1 petang, mangsa yang berusia 55 tahun mengalami luka teruk di kepala, dahi kanan dan lengan kanan. Kejadian tersebut menjadi tular dengan sekeping gambar lelaki yang cedera di kepala tersebar di Facebook sejak petang semalam.

    Gambar yang dimuat naik itu turut menerima pelbagai reaksi netizen. Bagaimanapun, ramai yang memberi komen mengecam tindakan si isteri yang disifatkan melakukan dosa besar kerana mencederakan suami yang berhajat berkahwin lagi.

    Komen-komen itu turut menyokong luahan lelaki itu yang didakwa sebagai tidak bersalah untuk berkahwin lebih daripada seorang. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi berkata, polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu kerana difahamkan lelaki terbabit tidak mahu memanjangkan perkara tersebut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Suami Mahu Kahwin Lagi Ditetak Isteri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top