My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 4 August 2017

    Tawar Kuota Internet Sehingga 15GB



    Celcom Axiata Bhd (Celcom Axiata) menerusi pelan prabayar utamanya Xpax memperkenalkan Pelan Internet Xpax terkini yang menawarkan sehingga 15GB kuota Internet tanpa pembahagian bersama Music Walla dan Video Walla percuma kepada pengguna. 

    Pelanggan dapat menikmati ciri tambahan yang dipertingkatkan untuk melengkapi gaya hidup digital dan mereka boleh memilih empat pelan Internet tambahan iaitu Pelan Harian RM5 (2GB), Pelan Minggunan RM6 (500MB) atau RM19 (5GB) dan Pelan Bulanan berharga RM79 (15GB dengan Music Walla Percuma serta 15GB Video Walla).

    Ketua Pegawai Pemasarannya Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, Pelan Internet Xpax juga termasuk pelan sedia ada iaitu pelan harian pada harga RM3 (1GB), Pelan Mingguan RM10 (2GB), Pelan Internet Bulanan berharga RM30 (5GB) dan RM50 (10GB) yang didatangkan bersama Music Walla percuma tanpa had.

    Beliau berkata, selain itu, tiga lagi ciri tambahan bagi pelan bulanan Xpax iaitu Late Night Internet dengan kuota Internet 15GB, Facebook Walla yang menawarkan Facbook serta penggunaan Twitter, Whatsapp dan WeChat secara percuma manakala Video Walla ditawarkan 15GB hanya pada harga RM20 saja.

    “Kami inginkan pelanggan menikmati pengalaman Internet digital yang terbaik dengan rangkaian Lightning Fast LTE Celcom tanpa bimbang kehabisan kuota data. Celcom komited memenuhi kehendak pelanggan prabayar yang menginginkan lebih banyak Internet dengan harga berpatutan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tawar Kuota Internet Sehingga 15GB Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top