My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 2 August 2017

    Tiada Lagi Istilah Anak Tiri




    Apabila menyentuh tentang nasib pemandu teksi yang dikatakan bakal terjejas dengan perlaksanaan E-Hailing, ada dikalangan pemimpin pembangkang terutamanya Rafizi Ramli cuba menjadi jaguh dalam memperjuangkan nasib pemandu teksi ini. Bulan lalu, buat pertama kalinya, Rafizi cuba menunjukkan kejaguhannya dalam membela nasib pemandu teksi, namun usahanya gagal.

    Semalam, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri telah membuat pembentangan mengenai pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat APAD (2010) yang antara lain bertujuan memperuntukkan kuasa kepada SPAD bagi mengawal selia perkhidmatan yang menggunakan applikasi e-Hailing.

    Selain itu, pindaan itu juga bakal mempertingkatkan lagi tahap industri teksi melalui pengenalan rangka kerja pengawal seliaan yang di laksanakan sejajar dengan perlaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP).

    Menerusi TITP ini, ianya akan menyelesaikan masalah pemandu-pemandu teksi yang tertekan dengan sistem pajak dan seterusnyan memberi peluang yang lebih luas kepada pemandu teksi untuk bersaing dengan perkhidmatan e Hailing. Malah, kerajaan juga akan memberi hak sama rata kepada pemandu teksi dan pemandu e-hailing.

    Menerusi sistem ini, pemandu E-hailing (penyedia perkhidmatan Grab dan Uber) perlu mengikuti garis panduan yang sama dengan pemandu-pemandu teksi iaitu pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kenderaan berkala, keperluan dilindungi insurans dan kad pemandu. Paling utama, tiada pengecualian dalam hal ini dan ianya adalah layanan sama rata antara semua penyedia perkhidmatan ini.

    Dalam masa yang sama, kerajaan juga bakal melaksanakan beberapa inisiatif tambahan bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan pemandu teksi. Berikut merupakan inisiatif-inisiatif yang bakal di laksanakan kelak.

    1. Pemeriksaan kesihatan 

    Pemeriksaan kesihatan akan diwajibkan kepada semua pemandu teksi dan e-hailing supaya pemandu-pemandu ini diakui sihat untuk membawa nyawa penumpang.

    2. Pemeriksaan kenderaan

    Sebelum ini, pemandu teksi perlu melakukan pemeriksaan kenderaan berkala setiap 6 bulan. Namun selepas perlaksanaan TITP ini, semua pemandu teksi hanya disyaratkan untuk meakukan pemeriksaan kenderaan setahun sekali sahaja. Ianya tertakluk bagi kenderaan yang berusia bawah 3 tahun daripada tarikh kenderaan berkenaan didaftarkan dan dikecualikan pemeriksaan berkala.

    3. Insurans

    Setiap pemandu teksi dan perhkidmatan E-Hailing perlu dilindungi insurans yang melindungi pemandu, penumpang, kenderaan dan pihak ketiga.

    4. Kad pemandu 

    Semua pemandu teksi dan pemandu kenderaan e-hailing perlu mempunyai kad pemandu yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sahaja.

    Sebelum kad ini dikeluarkan, setiap pemandu perlu mengikuti ujian saringan tapisan keselamatan dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta semakan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kad Pemandu ini akan menyimpan data dan dijadikan 'bank data' bagi memudahkan SPAD memantau rekod pemandu.

    5. Sistem pajak

    Untuk mengatasi perkara ini, ianya memerlukan satu penelitian khusus bagi membolehkan pemandu teksi ini keluar dari bebanan sistem pajak sedia ada. Untuk mengatasi perkara ini, kerajaan akan membuat penelitian berterusan dan akan diumumkan dari masa ke semasa.

    6. Permit Individu

    SPAD melalui pelaksanaan TITP telah mula mengeluarkan permit teksi individu baru kepada pemandu teksi yang telah tamat tempoh perjanjian pajakan dengan syarikat. Sebenarnya, usaha ini sedang dilakukan secara berperingkat di mana setakat ini seramai 600 orang pemandu teksi telah berjaya mendapatkan permit individu.

    7. Geran RM 5,000

    Ini mungkin berita paling menggembirakan buat pemandu teksi yang layak. Bagi pemandu yang layak, mereka akan menerima geran sebanyak RM 5,000 bagi memberi peluang kepada pemandu teksi yang menerima permit individu untuk membayar pendahuluan kenderaan baru.

    Apa lagi yang tidak cukup? Kerajaan sebenarnya memamng mendengar segala rinthan pemandu teksi yang kini dilihat agak tertekan dengan revolusi pengangkutan awam. Walaupun ada diantara mereka bertindak menjadi pengkritik utama kerajaan, namun atas kesedaran bahawa kesemua pemandu teksi ini adalah duta kecil negara, keperluan mereka sedaya upaya dipenuhi oleh kerajaan dan akan dipertingkatkan dari masa ke semasa.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiada Lagi Istilah Anak Tiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top