My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 4 October 2017

    Aktifkan Gaya Hidup Baru



    Baru-baru ini, Apple mula menjual model iPhone 8 dan 8 Plus fasa pertama yang Singapura menjadi negara terhampir dengan Malaysia menerima fon baru itu berikutan negara ini hanya akan menerimanya pada fasa kedua nanti. Kekal dengan teknik pemasaran uniknya, masih ramai pengguna beratur di depan pintu meskipun jumlahnya kemungkinan kurang berbanding iPhone terdahulu. 

    Ada yang mengatakan, pengguna lebih berminat mendapatkan iPhone X (baca 10) berbanding iPhone 8 dan 8 Plus berikutan perubahan inovasinya jelas terpapar pada model yang bakal dikeluarkan hujung tahun ini. Sememangnya, Apple mengharapkan kejayaan iPhone 8 dan 8 Plus sambil menunggu model X pula mencetuskan fenomena pada hujung tahun ini.

    Adakah Apple mampu berjaya? Sebenarnya, Apple membuka jalan kepada teknologi sektor keluasan sebenar atau ‘augmented reality’ (AR) yang menawarkan dimensi baru kepada penggunaan peranti berasaskan visual sebenar.

    Anda mungkin sudah melihat ciri AR iaitu pada Facebook apabila ketika membuka kamera pada aplikasi Facebook akan membolehkan pelbagai watak animasi apabila kamera dihalakan ke wajah anda. Jika sekarang ia sekadar hiburan semata-mata, bayangkan pada masa depan penggunaan AR akan lebih meluas.

    Sebelum ini, anda boleh menyaksikan Google Inc yang memperkenalkan cermin mata elektronik versi pengguna membolehkan mereka melayari imej dan audio serta melaksanakan tugas biasa seperti dilakukan pada laptop atau tablet dalam ruang berdiameter hanya 5 x 3 sentimeter (sm). 

    Pembangunan cermin mata terbabit dikatakan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan sebelum bakal menemui pengguna tidak lama lagi dengan harga menjangkau sehingga RM5,000.

    Kaca mata yang dinamakan Google Glass itu mula dipertontonkan kepada umum ketika persidangan tahunan pembangunan perisian di San Francisco, Amerika Syarikat dengan memberikan gambaran paling terperinci setakat ini kepada orang awam sejak projek itu dilancarkan pada 2012. Google Glass adalah skrin elektronik bersaiz setem yang dipasang pada bingkai sebelah kiri sepasang kaca mata.

    Ia mampu merakam video, membuka e-mel dan mesej serta mendapatkan maklumat daripada Internet. Namun Google Glasss mungkin gagal dan penggunaan AR kini tertumpu kepada peranti yang mempunyai pengguna paling ramai di dunia, telefon pintar!

    Meskipun ada yang mengeluarkan keupayaan AR pada peranti namun tumpuan kepada Apple yang bijak dalam memasarkan serta mengaktifkan gaya hidup baru dalam kalangan pengguna. Sebab itu, selepas pelancaran iPhone barubaru ini, beberapa syarikat popular lain sudah pun memanfaatkan AR yang diterjemahkan dalam aplikasi masing-masing.

    Misalnya syarikat perabot popular IKEA melalui aplikasinya membolehkan pengguna melihat lebih 2,000 produk berasaskan tiga dimensi (3D). Apabila pengguna membuka aplikasi terbabit di mana saja, ia akan memaparkan soalan, ‘Adakah anda mahu meletakkan perabot di sini?’.

    Jika anda menjawab ya, ia akan membuka kamera dan mengimbas persekitaran dan pengguna boleh mengangkat, menggerakkan, merubah dan memusingkan perabot secara maya di mana saja. Canggihkan?

    Bayangkan anda sedang mengemas rumah atau memasuki rumah baru dan mahu membayangkan keadaan perabot dalamnya, hanya buka aplikasi sebelum membuat pembelian. Teknologi terbabit bukanlah pertama kali diperkenalkan atau Apple menjadi pelopornya namun berdasarkan kepopularan syarikat Cupertino terbabit, tidak mustahil ia bakal menjadi trend kepada masyarakat. 

    Ketika ramai beranggapan ia hanya fantasi dalam filem atau angan-angan Mat Jenin, Apple mungkin berjaya menjadikannya benar-benar realiti malah tidak mustahil ia bakal menjadi keperluan pada masa depan sejak teknologi telefon bimbit diperkenalkan.

    AR memberi pandangan fizikal, persekitaran dunia sebenar ditambah elemen yang menyokong komputer untuk menghasilkan input deria seperti bunyi, video, grafik atau data.

    Realiti maya menggantikan dunia sebenar dengan satu simulasi dalam masa nyata dan konteks alam sekitar seperti skor perlawanan di TV terus ke ‘mata’ anda dapat direalisasikan dengan bantuan teknologi canggih AR.

    Komponen asas yang diperlukan untuk AR diperkukuhkan dengan pemprosesan, paparan, pengesan dan peranti input. Ia menyamai teknologi yang didapati dalam peranti pengkomputeran mudah alih moden seperti telefon pintar dan komputer tablet mengandungi elemen biasa termasuk kamera dan sensor seperti GPS dan kompas dalam bentuk cip kecil.

    Apple secara rasmi memperkenalkan iPhone 8 dan 8 Plus yang boleh didapati melalui warna perak (silver), kelabu (space grey) dan emas ros (rose gold). Dwikamera baru beresolusi 12 megapiksel dengan fungsi fokus auto pantas ketika pencahayaan rendah, pemprosesan piksel lebih baik dan buat pertama kali, pengurangan ‘multiband noise’ pada perkakasan.

    Ciri kamera baru, Portrait Photo Lighting diperkenalkan membolehkan anda memilih sendiri kesan pencahayaan yang mahu digunakan untuk foto dan ia bukannya ‘filter’. Pembesar suara iPhone 8 juga 25 peratus lebih kuat berbanding iPhone 7.

    Ia juga mempunyai keupayaan rakaman video 4K pada 60fps serta 1080p pada 240fps. Cip A11 baru dalam iPhone 8 hebat bersama keupayaan teknologi AR yang menjadi penggerak masa depan. 

    Manakala iPhone X pula memaparkan skrin penuh di depan kecuali sedikiti di ruang atas apabila tiada butang ‘home’ dan akses kepada fon terus menggunakan Face ID iaitu pengesan wajah antara ciri baru dalam model terkini iPhone X (dibaca iPhone 10).

    Ia menggunakan teknologi kamera inframerah dengan rangkaian ‘neural’ manakala data tidak akan disimpan di sistem pelayan. iPhone X menggunakan paparan Super Retina yang menyokong HDR dalam Dolby Vision serta HDR10. Telefon baru ini mempunyai puluhan emoji yang menukar wajah anda kepada imej lebih kreatif.

    Skrinnya pula penuh di depan seakan tanpa sempadan pada saiz 5.8 inci. Kamera depan beresolusi 7 megapiksel manakala kamera utama 12 megapiksel. Lengkap fungsi pengecasan tanpa wayar, iPhone X mempunyai ciri Portrait Photo Lighting pada kamera depan untuk swafoto. Dwi kamera dengan lensa f2.4 serta f/1.8 menjadikan imej lebih cantik.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Aktifkan Gaya Hidup Baru Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top