My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 2 October 2017

    APMM Tahan Dua Bot Vietnam, Rampas 21 Tan ikan



    Maritim Malaysia (APMM) Kuching berjaya menahan dua bot nelayan Vietnam serta merampas kira-kira 21 tan ikan pelbagai jenis menerusi Op Permai di perairan Tanjung Po dekat sini pada 30 September lalu. 

    Kedua-dua bot nelayan asing itu dikesan dan ditahan ketika sedang menangkap ikan dengan menggunakan pukat tunda ganding di kedudukan kira-kira 150 batu nautika pada pukul 10.40 pagi. 

    Pengarah Daerah Maritim Kuching, Kepten Maritim Shahref Mac Queen Abdullah berkata, semasa pemeriksaan dilakukan, terdapat 19 awak-awak termasuk tekong berada di atas kedua-dua bot tersebut. awak-awak bersama tekong yang ditahan oleh APMM.

    Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua nelayan warga asing terbabit tidak mempunyai pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah. "Nilai keseluruhan rampasan kesemua ikan termasuk bot dan peralatan menangkap ikan warga Vietnam itu dianggarkan kira-kira RM2 juta. 

    "Kesemua nelayan asing terbabit kini ditahan di bawah Akta Perikanan 1985," katanya ketika sidang akhbar di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (Komtas) di sini hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: APMM Tahan Dua Bot Vietnam, Rampas 21 Tan ikan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top