My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 16 October 2017

    Bajet Tangani Kos Sara Hidup Tinggi



    Bajet 2018 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 27 Oktober ini akan lebih tertumpu kepada kesejahteraan rakyat terutama dalam berdepan kos sara hidup yang semakin tinggi selain memberi lebih banyak peluang kepada rakyat untuk menceburi bidang keusahawanan.

    Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, ia antara agenda utama kerajaan untuk membantu rakyat dan pada masa sama memastikan ekonomi negara terus berkembang.

    “Perincian maklumat akan dijelaskan oleh Perdana Menteri nanti, namun apa yang saya boleh beritahu ialah bajet kali ini akan lebih tertumpu kepada kesejahteraan rakyat dalam berdepan kos sara diri dan cara kita mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara.

    “Antara agenda utama bajet kali ini ialah keusahawanan dengan kerajaan akan majukan syarikat pemula niaga baru, industri kecil dan sederhana dan banyak lagi. Jadi, banyak tumpuan akan diberikan kepada program berkenaan,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Program Keusahawanan Bumiputera (BAHTERA) Edisi Selatan 2017 yang dirasmikan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor (Persada) di sini, semalam.

    Mengenai BAHTERA, Mohd Irwan Serigar berkata, program seumpama itu banyak melahirkan golongan usahawan, baik dari segi memulakan perniagaan mahupun meluaskan perniagaan ke peringkat lebih tinggi.

    “Pada kali pertama penganjurannya, kita berjaya menarik lebih 15,000 pengunjung dan melahirkan lebih 6,000 usahawan yang menjadi antara usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam membantu rakyat,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bajet Tangani Kos Sara Hidup Tinggi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top