My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 6 October 2017

    Boy Iman Direman Dua Hari Lagi



    Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman atau dikenali Boy Iman sekali lagi ditahan reman selama dua hari di Mahkamah Majistret di sini semalam berhubung kes penipuan jualan rumah banglo melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM6.2 juta. 

    Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Nor’iza Mohamed terhadap pelakon berusia 37 tahun itu bermula semalam hingga hari ini.

    Pelakon itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai bertanggungjawab menyebabkan kerugian ke atas beberapa mangsa dengan menipu dalam projek pembinaan rumah banglo.

    Difahamkan, beberapa mangsa di daerah ini yang kerugian sehingga mencecah puluhan ribu ringgit turut membuat laporan polis terhadap pelakon telefilem Blok 404 itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Boy Iman Direman Dua Hari Lagi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top