My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 6 October 2017

    Burger Ikan Thai Tutup Kempen Discover The World



    McDonald’s Malaysia memperkenalkan menu terbaru sempena kempen Discover the World dengan menampilkan menu Burger Ikan Thai yang ditawarkan dari 5 hingga 25 Oktober ini. 

    Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasi McDonald’s Malaysia Azmir Jaafar berkata, selepas Burger Korea Pedas yang popular dan Burger Syok yang diilhamkan cita rasa tempatan, Burger Ikan Thai adalah gabungan cita rasa, pandangan dan bunyi yang penuh bertenaga dengan unsur budaya Thai yang menawan.

    Ia menampilkan kepingan ikan rangup beraroma dengan sos kari hijau pedas, sayuran segar dan ban cili unik untuk menghasilkan Burger Ikan Thai yang lazat. “Sebagai penutup kempen Discover the World tahun ini, tiada burger lebih sesuai daripada Burger Ikan Thai yang pedas dan mengecurkan air liur kerana kami tahu makanan dari negara itu diminati ramai rakyat Malaysia.

    “Kami berharap pelanggan teruja menikmati cita rasa dari seluruh dunia yang dibawa khas ke restoran McDonald’s,” katanya. Menurutnya, tahun ini, kempen berkenaan mendapat sambutan hebat dan pihaknya teruja membawa menu yang lebih kreatif dan inovatif tahun depan.

    Burger Ikan Thai baru boleh didapati pada harga RM12.99 untuk ala carte dan RM15.99 untuk set hidangan biasa terdiri daripada Burger Ikan Thai, kentang goreng criss-cut serta minuman ringan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Burger Ikan Thai Tutup Kempen Discover The World Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top