My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 2 October 2017

    Dua Tahanan TLDM Didera, Dibunuh


    Polis mengesahkan terdapat unsur penderaan ke atas dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal di bilik tahanan Pusat Komunikasi TLDM Unit Sungai Wangi, Sitiawan pada petang Jumaat lalu. 

    Ia berdasarkan hasil bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa yang mendapati mereka mening­gal dunia disebabkan pendarahan paru-paru akibat hentakan benda tumpul.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, proses bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa yang berpangkat Laskar Kelas 1 (LK1) itu selesai malam kelmarin.

    “Bedah siasat ke atas Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, yang selesai pada pukul 7 malam di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh mendapati kematiannya berpunca daripada pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul pada tisu.

    “Kematian Muhammad Laila­tulman Mohd. Sukri, 26, juga disahkan berpunca daripada akibat sama selepas bedah siasat ke atasnya selesai pada pukul 11.30 malam di hospital sama,” katanya di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Tahanan TLDM Didera, Dibunuh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top