My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 6 October 2017

    Dulu Syaitan Kini Malaikat



    Benarlah bak kata ramai orang, di dalam politik, tidak ada musuh sejati dan tidak ada kawan sejati. Jika hari ini mereka boleh bergaduh, bertikam lidah mahupun keji mengeji, pada masa akan datang, mereka mungkin boleh menjadi kawan malah lebih erat berbanding dahulu. 

    Itulah perumpamaan paling sesuai menggambarkan hubungan antara Pengerusi Parti Pribumi bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Lim Kit Siang dan juga DAP. Dahulunya, Mahathir dilihat cukup membenci DAP dan Lim Kit Siang sehingga sanggup mengelarkan parti dan penasihat DAP berkenaan sebagai syaitan yang dikenali.

    Akibatnya, ramai yang menanam sifat kebencian yang teramat sangat terhadap DAP kerana yakin dengan pendirian dan kenyataan Mahathir terhadap DAP dan Lim Kit Siang. Malah, fahaman sebegini juga turut diterapkan di dalam UMNO demi mahu memastikan sokongan politik terhadapnya kekal.

    Hari ini, lain pula ceritanya. Dalam satu tulisan di dalam blognya, Mahathir mengakui terkhilaf menggelarkan DAP dan Lim Kit Siang sebagai syaitan. Dia mengakui, sebaik menjalinkan hubungan erat dengan DAP, barulah dia dapat gambaran sebenar mengenai DAP yang satu ketika dahulu cukup dibenci olehnya.

    Malah, jika diambil kesimpulan mudah, Mahathir menggambarkan bahawa DAP seolah-olah seperti malaikat yang mahu menyelamatkan umat manusia. Justeru, tidak hairanlah kenapa Mahathir begitu bermurah hati memberikan dana RM 1 bilion kepada DAP untuk gerakan politik mereka, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini.

    Angka berkenaan sebenarnya disebut di dalam Free Malaysia Today melalui artikel Raja Petra yang merungkaikan betapa pemurahnya Mahathir kepada DAP. Melihat kepada angka berkenaan, timbul pula persoalan, dari mana Mahathir memperolehi wang sebanyak itu untuk diserahkan kepada DAP? Adakah dia akan menggunakan alasan menabung sejak dari bayi lagi?

    Inilah Mahathir yang satu ketika dahulu pernah menjadi Perdana Menteri. Amat sayang sekali, pada usia 93 tahun, dia bersungguh-sungguh mahu menjilat semua ludah dan kahaknya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri demi memastikan kemahuannya terlaksana. Hinanya seorang yang pernah dilabel sebagai bapa pembangunan, hari ini berada di bawah tapak kaki DAP, parti yang pernah dibencinya dahulu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dulu Syaitan Kini Malaikat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top