My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 9 October 2017

    Guru Di Dakwa Buat Gangguan Seksual Pada 2 Murid Lelaki



    Seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan gangguan seksual ke atas dua murid lelaki di Serian pada Mei dan Ogos lalu. 

    Mengikut pertuduhan, Lai Chee Chiang, 37, didakwa melakukan gangguan seksual ke atas dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia 10 tahun. Perbuatan itu dilakukan oleh tertuduh di sebuah sekolah rendah di Sungai Menyan, Serian di sini.

    Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

    Terdahulu, tertuduh yang diiringi anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 10 pagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Guru Di Dakwa Buat Gangguan Seksual Pada 2 Murid Lelaki Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top