My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 11 October 2017

    Jadilah Seorang Pemandu Yang Bertanggungjawab!



    Di dalam pengangkutan awam darat negara, mudah untuk kita dengar akan sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab samada dalam menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan atau bertindak biadab dengan memeras ugut penumpang yang menggunakan perkhidmatan mereka.

    Sebagai contoh, pada 18 September yang lalu, media ada menyiarkan tentang aduan dari penumpang warga Bangladesh terhadap sebuah teksi di ibu kota yang terpaksa membayar sebanyak RM 950 hanya untuk perjalanan sejauh 10 kilometer dari KL Sentral ke Setapak.

    Sebelum itu, terdapat juga aduan dari pelancong warganegara Perancis yang terpaksa membayar lebih RM 800 untuk perjalanan sejauh kurang dari 10 kilometer.

    Melihat akan hal ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) memandang serius akan salah laku pemandu-pemandu teksi berkenaan. Menerusi satu kenyataan kelmarin, SPAD telah bertindak terhadap pemandu teksi yang telah memeras ugut penumpang berkenaan.

    Menerusi kenyataan yang sama, pihak SPAD juga mengesahkan pemandu berkenaan telah diberkas pada 5 Oktober yang lalu. Pemandu berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 75 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, dan sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

    Malah, pengendali teksi berkenaansedang disiasat di bawah Seksyen 22 Akta tersebut, dan sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM1,000 tetapi tidak lebih RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun, atau kedua-duanya sekali. Malah, kenderaan boleh dilucutkan hak di bawah Seksyen 80 Akta tersebut.

    Dengan hukuman-hukuman seumpama ini, adakah ianya masih gagal memberi pengajaran kepada pemandu dan pengendali perkhidmatan teksi yang lain? Seharusnya, sebagai "duta kecil negara", adalah sepatutnya mereka menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan tidak mengambil kesempataan keatas mana-mana penumpang.

    Ianya bukan sahaja menyebabkan pemandu dan pengendali sahaja yang menerima hukuman, malah ianya turut mengheret imej buruk kepada pemandu dan pengendali teksi yang lain. Usah disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jadilah Seorang Pemandu Yang Bertanggungjawab! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top