My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 16 October 2017

    Kebakaran Califonia Belum Reda



    Pihak berkuasa mengharapkan tiupan angin yang semakin lemah dapat membantu lebih 10,000 anggota bomba mengawal kebakaran paling dahsyat yang telah meragut sekurang-kurangnya 40 nyawa dan memusnahkan beribu-ribu struktur di California. 

    Api yang merebak akibat perubahan arah angin memaksa beribu-ribu orang lagi meninggalkan rumah mereka kelmarin, selepas jumlah kematian sepanjang minggu lalu meningkat kepada 40 orang, manakala beratus-ratus penduduk dilaporkan hilang.

    Lebih 10,000 anggota bomba yang dibantu sejumlah pesawat dan helikopter bertungkus-lumus mengawal 16 kebakaran utama di beberapa kawasan di utara bandar raya San Francisco, California. Setakat kelmarin kebakaran hutan itu memusnahkan hampir 86,000 hektar tanah atau kira-kira 865 kilometer persegi, kawasan yang lebih luas daripada Bandar Raya New York.

    Sebanyak 40 kematian disahkan termasuk 22 di Daerah Sonoma sekali gus menjadikan kebakaran kali ini yang paling buruk pernah melanda Califonia. Angka korban itu mengatasi 29 kematian akibat kebakaran Griffith Park di Los Angeles pada tahun 1933.

    Di Daerah Sonoma sahaja, seramai 235 orang masih hilang setakat kelmarin, manakala pihak berkuasa menjangkakan angka kematian akan terus meningkat. Kira-kira 100,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka termasuk 3,000 orang kelmarin di bandar Santa Rosa, kira-kira 80 kilometer dari San Francisco, utara California.

    Kebakaran itu mengakibatkan kira-kira 5,700 struktur termasuk rumah dan premis perniagaan rosak atau musnah. “Ini merupakan antara tragedi paling dahsyat pernah menimpa California. Kemusnahan yang berlaku tidak dapat dibayangkan lagi,” kata Gabernor California, Jerry Brown semasa melawat bandar Santa Rosa.

    Namun, pihak berkuasa meletakkan harapan bahawa angin yang semakin lemah akan dapat membantu mengekang api daripada terus merebak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kebakaran Califonia Belum Reda Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top