My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 9 October 2017

    Loji Air RM45 Juta Disiasat SPRM



    Projek loji rawatan air terbiar bernilai RM45 juta di Semporna merupakan antara yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion yang diberikan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk membangunkan Sabah. 

    Satu sumber SPRM mendedahkan, loji yang mula dibina pada 2013 tersebut bukan sahaja dibina di lokasi yang tidak sesuai malah sehingga sekarang belum mampu berfungsi sepenuhnya untuk memberi manfaat kepada masyarakat di daerah itu.

    Mengikut pelan pembinaan, loji tersebut sepatutnya mampu membekalkan air bersih berkapasiti sehingga 6 juta liter sehari namun kerana paras air sungai yang cetek, fungsi loji itu tidak mampu ditingkatkan.

    Lebih mengecewakan, loji menelan kos tinggi itu dikatakan sudah dua kali melalui proses pembinaan semula ekoran struktur pembinaan tidak menepati spesifikasi ditetapkan tetapi fungsi loji tersebut tetap tidak sempurna.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Loji Air RM45 Juta Disiasat SPRM Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top