My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 6 October 2017

    Model Lebih Eksklusif


    UMW Toyota Motor memperkenalkan tiga varian yang dipertingkatkan dengan ciri baru menerusi dua model popularnya, Innova dan Fortuner selain versi Hilux. Bagi model Innova, varian 2.0X diperkenalkan dan tertinggi selepas 2.0G AT dan 2.0E (MT dan AT). 

    Ciri luaran Innova 2.0X lebih eksklusif dengan padanan lampu utama LED selain rim aloi 17 inci yang lebih besar berbanding varian 2.0G dan 2.0E. Ruang dalaman turut diberi nafas baru apabila kerusi kapten pada barisan kedua, balutan kulit dan kerusi pemandu dengan ciri pelarasan elektronik enam peringkat.

    Bagi model 2.0G dan 2.0E pula, tempat duduk pemandu dan penumpang adalah padanan fabrik. Selain itu, faktor keselamatan tetap diutamakan apabila varian 2.0X dilengkapi tujuh beg udara SRS, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula Mendaki (HAC) dan Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (HSS) yang membolehkannya menerima penarafan lima bintang ASEAN NCAP. 

    Sementara itu, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) bersama Agihan Daya Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA) adalah ciri standard untuk semua varian. Harga ditawarkan bermula RM107,800 termasuk GST tanpa insurans.

    TOYOTA Fortuner serba baru

    Bagi varian baru Toyota Fortuner VRZ, model berkenaan kini tampil dengan janaan diesel 2.4 pacuan empat roda (4x4) dan 2.4 pula pacuan dua roda (4x2). Fortuner VRZ didorong enjin 2GD-FTV 2.4 liter diesel turbo dengan kuasa 150 PS pada 3,400rpm dan tork 400Nm pada 1,600 hingga 2,000rpm.

    Varian 4x4 menerima sistem pacuan empat roda dengan Automatic Disconnecting Differential (ADD) dan Rear Differential Lock (RDL) manakala varian 4x2 pula hanya pacuan dua roda dengan kuasa disalurkan ke roda belakang. Varian terbaru ini dijual pada harga bermula RM169,800 termasuk GST tanpa insurans.


    Toyota Hilux Yang Dipertingkatkan

    Varian Hilux 2.8G pula menerima lampu kabus hadapan LED baru dengan lampu utama dan lampu nyalaan siang LED dikekalkan, kawalan suhu automatik dengan corong pendingin hawa belakang, kawalan kelajuan dan Kawalan Bantuan Menurun Bukit (DAC) serta HAC.

    Model 2.4G baru diberi nafas baru kit keselamatan apabila dilengkapi tujuh beg udara dan tambahan VSC, HAC serta BA. Sebagai tambahan, semua varian terbaru ini ditawarkan bersama jaminan lima tahun tanpa had perbatuan kecuali Hilux dengan jarak perbatuan 150,000 kilometer. Harga ditawarkan bermula RM87,200 termasuk GST tanpa insurans.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Model Lebih Eksklusif Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top