My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 5 October 2017

    Peluang Hidup Jong-nam Tipis



    Ketua Bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Mohd. Shah Mahmood memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, racun agen saraf VX berkemungkinan masuk ke dalam tubuh mendiang pemimpin buangan Korea Utara, Kim Jong-nam menerusi matanya. 

    Mohd. Shah , 57, berkata, hasil ujian mendapati racun agen saraf VX terkumpul pada bahagian mata dan muka dengan kadar serapan racun berkenaan meresap terlalu cepat ke dalam tubuh menerusi mata berban­ding muka.

    “Peluang hidup bagi individu yang terkena racun agen saraf VX sangat tipis. Ini kerana racun agen saraf VX sangat toksik dan menghasilkan komplikasi dalam masa yang cepat. Kebarangkalian untuk mati sangat tinggi dan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pegawai penyiasat berhubung waktu kematian mangsa berlaku dalam masa yang amat singkat,” katanya.

    Mohd. Shah berkata demikian bagi menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin pada sesi pemeriksaan utama hari ketiga prosiding perbicaraan kes pembunuhan Jong-nam iaitu abang tiri kepada pemimpin Korea Utara iaitu Kim Jong-un.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Peluang Hidup Jong-nam Tipis Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top