My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 3 October 2017

    Peluang Pelumba Malaysia Bukti Kejaguhan



    KEJOHANAN berbasikal Jelajah Malaysia 2017 (JM2017) yang membuka tirai hari ini membuka peluang kepada pasukan tempatan untuk membuktikan kejaguhan. 

    Ia ekoran ketiadaan dua pasukan gergasi Asia iaitu juara bertahan, Pishgaman Cycling Team dari Iran serta KSPO Bianchi Asia (Korea Selatan) yang menarik diri minggu lalu. Ketua Pegawai Eksekutif JM2017, Noridiazhar Sulaiman berkata, kedua-dua pasukan itu menarik diri minggu lalu dan pihaknya tidak sempat untuk mencari pasukan ganti.

    “Pishgaman menarik diri kerana berdepan masalah tiket penerbangan, manakala KSPO pula menyertai kejohanan lain. Situasi ini membuka peluang kepada pasukan tempatan seperti TSG (Terengganu Cycling Team) untuk menonjol,” katanya.

    JM2017 edisi ke-53 akan melalui lima peringkat perlumbaan bermula dari Shah Alam, Selangor hingga Alor Setar, Kedah de­ngan jarak keseluruhan sejauh 679.9 kilometer (km) dengan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM166,179.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Peluang Pelumba Malaysia Bukti Kejaguhan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top