My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 3 October 2017

    Polis Selamatkan 11 Warga Indonesia



    Polis berjaya menyelamatkan 11 individu warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa pemerdangangan manusia dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Sebiew, Bintulu dekat sini semalam. 

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, sembilan wanita dan dua lelaki warga Indonesia itu diselamatkan oleh sepasukan anggota polis kira-kira pukul 2.45 petang. Menurutnya, pasukan turut menahan sepasang suami isteri iaitu masing-masing berusia 59 dan 53 tahun kerana disyaki memperdagangkan orang secara buruh paksa.

    "Siasatan awal mendapati kesemua warga Indonesia itu dijadikan buruh paksa tanpa dibayar gaji sejak tiga tahun lalu.

    "Tidak cukup dengan itu, kesemua mereka dikurung di dalam sebuah rumah selepas bekerja membersih sarang burung bagi tujuan perniagaan," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

    Mengulas lanjut, Dev memberitahu, polis akan memohon tahanan reman ke atas pasangan suami itu di Mahkamah Bintulu hari ini. "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis Selamatkan 11 Warga Indonesia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top