My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 9 October 2017

    Sarawak Bakal Lupakan Liga Super?



    SARAWAK mungkin terpaksa melupakan saingan Liga Super pada 2018 susulan berdepan masalah isu pelesenan yang gagal diselesaikan dengan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP). 

    Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais berkata, mereka tidak ada pilihan memandangkan FMLLP memberi tempoh hingga 16 Oktober ini untuk menghantar dokumen dan menyelesaikan hutang tertunggak sebelum boleh memperbaharui lesen.

    “Hutang tertunggak tersebut turut melibatkan badan-badan berwajib seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kumpulan Simpanan Wang Pekerja dan Perkeso. Masalahnya, kami tidak tahu dan tidak ada kuasa untuk mengetahui jumlah hutang tertunggak itu memandangkan ia diuruskan oleh pengurusan ter­dahulu iaitu FAS FMG Sdn. Bhd.,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco FAS di Kuching semalam.

    Difahamkan, jumlah hutang tertunggak FAS itu hampir RM1 juta. Menurut Posa, pihaknya hanya dapat menyediakan laporan kewangan interim yang diminta oleh FMLLP iaitu Januari hingga Jun tahun ini seperti yang dikehendaki.

    “Selebihnya adalah laporan kewangan beraudit bagi tempoh 2012 hingga 2016, namun kami tidak mempunyai dokumen tersebut kerana ia diuruskan oleh pengurusan lama. Kami juga tidak pasti jika mereka memiliki wang untuk membayar tunggakan terbabit,” ujarnya.

    Posa memberitahu, beliau menyertai FAS pada Januari lalu dan hanya bertanggungjawab terhadap perkara yang berlaku sejak mengambil alih. “Itu pun kita sudah membayar kompaun mencecah puluhan ribu ringgit berkait hutang-hutang ini,” jelasnya.

    Jelas beliau, perbincangan dengan pengurusan FAS FMG Sdn. Bhd. telah dilakukan pada 11 September lalu dan mereka bersetuju untuk membayar hutang, manakala pihaknya pula menanggung segala hutang atas nama FAS.

    FAS FMG Sdn. Bhd. didaftarkan pada 17 Disember 2008 dan pengerusinya ialah bekas Presi­den FAS, Datu Sudarsono Osman. Posa memberitahu, pihaknya akan merayu kepada FMLPP bagi memohon penangguhan notis sebelum 16 Oktober ini berikutan masalah yang dialami itu agak rumit. 

    Tambah beliau, pihaknya berusaha keras untuk menyelesaikan isu tersebut agar pasukan Sarawak kekal bersaing dalam Liga Super pada musim depan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sarawak Bakal Lupakan Liga Super? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top