My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 4 October 2017

    'Saya Masih Waras Dan Itu Semua Fitnah'


    PENYANYI Anding menafikan dakwaan dia meminati kaum sejenis selepas penyebaran video lucah dikatakan mirip wajahnya di laman sembang Tumblr, baru-baru ini. Anding ketika dihubungi berkata, dia terkejut dengan dakwaan tidak masuk akal itu dan adalah mustahil untuk dia melakukan perkara terkutuk itu. 

    "Saya ingin tegaskan yang saya masih waras dan ini semua adalah fitnah. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan saya lelaki songsang seperti yang didakwa segelintir pihak.

    "Saya tidak akan sesekali melakukan perkara terkutuk itu. Saya juga tidak pernah membuat onar dengan mengambil video dan menyebarkannya," katanya. Anding berkata, dia akan membuat laporan polis kerana ia membabitkan kredibiliti dan maruahnya.

    “Saya bimbang kontroversi ini akan menjejaskan kerjaya saya kerana terdapat beberapa tawaran yang menanti. Tambahan pula, sudah banyak kali benda ini berlaku. Awal tahun ini, rakan saya pernah beritahu ada gambar lucah mirip saya juga. Sekarang ini video pula," katanya.

    Terdahulu satu rakaman video tular menyaksikan individu menyerupai Anding dikatakan melakukan seks oral bersama seorang lelaki. Video itu dikongsi menerusi laman sembang Tumblr dan menjadi bualan hangat netizen di Internet.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Saya Masih Waras Dan Itu Semua Fitnah' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top