My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 3 October 2017

    Semua Salah BN Macam Mereka Langsung Tiada Salah



    Di pihak pembangkang hari ini, antara alasan mudah untuk mereka melindungi sebarang kesalahan mereka adalah dengan menunding jari kearah Barisan Nasional. Apa sahaja yang berlaku terhadap pentadbiran mereka, semuanya dikaitkan dengan Barisan Nasional seperti mana yang terjadi sewaktu banjir yang melanda Pulau Pinang, baru-baru ini.

    Setelah hebat diasak oleh pelbagai pihak, Ketua Menteri, Lim Guan Eng akhirnya meletakkan kesalahan banjir di Pulau Pinang di bahu Barisan Nasional. Alasannya mudah, sekiranya Barisan Nasional mentadbir Pulau Pinang sebelum DAP membentuk kerajaan pada 2008, banjir tidak akan berlaku di Pulau Pinang.

    Dakwanya, Barisan Nasionallah punca kejadian banjir ini berlaku kerana kerajaan sebelum ini, tidak melaksanakan pelan terbaik pembangunan negeri disamping gagal menyelenggarakan sistem perparitan yang mampu mengalirkan air keluar dari pusat bandar. Mudahkan?

    Ketika mengulas akan hal ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai membidas cara Guan Eng menunding jari kepada Barisan Nasional. Beliau jelas hairan dengan cara DAP dan Guan Eng menguruskan negeri kerana pada pemahamannya, Pulau Pinang adalah salah sebuah negeri yang tidak akan banjir sewaktu Barisan Nasional mentadbir negeri berkenaan.

    Walaupun sudah 9 tahun berkuasa di Pulau Pinang, tegas beliau lagi, DAP dan Guan Eng masih lagi mencari salah Barisan Nasional sedangkan kejadian banjir yang berlaku di Pulau Pinang hasil daripada ketamakan Guan Eng dan DAP Pulau Pinang sendiri yang meneroka kawasan berbukit, tidak menyelenggara keadaan negeri dan kegagalannya menguruskan sistem saliran.

    Jika dilihat dari kenyataan Datuk Seri Liow Tiong Lai ini, memang ada kebenarannya. DAP Pulau Pinang sudah mengambil alih negeri ini hampir dua dekad namun, mereka tetap menyalahkan kerajaan BN terdahulu sebagai penyumbang kepada keadaan banjir di negeri ini. Timbul persoalan, apa yang mereka lakukan sepanjang 9 tahun mentadbir Pulau Pinang?

    Apa yang boleh kita rangkumkan adalah, kerajaan DAP Pulau Pinang dan Lim Guan Eng terlalu sibuk menjarah hasil negeri. Malah, Lim Guan Eng sendiri begitu sibuk menjual tanah milik kerajaan negeri untuk dibangunkan oleh syarikat-syarikat asing tanpa pelan yang betul-betul strategik.

    Malah, Lim Guan Eng juga lebih sibuk membazirkan kira-kira RM 350 juta wang kerajaan negeri hanya untuk mengkaji dan menyelidik pembinaan terowong dasar laut yang dicanangkan sejak lebih 8 tahun yang lalu.

    Bayangkan sekiranya wang berkenaan disalurkan ketempat yang betul, mungkinkah banjir akan melanda negeri Pulau Pinang? Kemana perginya wang bantuan kilat dari kerajaan sebanyak RM 150 juta bagi menaik taraf sistem perparitan dan membersihkan Sungai Pinang yang dikenal pasti sebagai punca terjadinya banjir?

    Sampai bila Lim Guan Eng mahu menyalahkan BN atas bencana yang menimpa Pulau Pinang? Katakanlah, Pulau Pinang berjaya dipertahankan oleh DAP, sekiranya berlaku sekali lagi banjir, adakah Lim Guan Eng tetap mahu menyalahkan BN sedangkan dia mentadbir negeri sudah memasuki 3 penggal?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Semua Salah BN Macam Mereka Langsung Tiada Salah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top