My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 12 October 2017

    Sia-Sia Sembunyi Dalam Tong Air



    LELAKI disyaki mencuri pacuan empat roda dijejaki anjing pengesan (K9) ketika bersembunyi di dalam tong air berhampiran pondok di Kampung Suba Buan, Jalan Bau-Lundu, Bau, 1.30 tengah hari tadi. Suspek berusia 22 tahun itu ditahan oleh pasukan K9 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak selepas 30 minit dijejaki. 

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, sebelum itu suspek bersama rakannya yang masih bebas dilaporkan mencuri pacuan empat roda di depan kedai kopi di Jalan Penrissen di Kuching pada 9 pagi hari yang sama.

    Menurutnya, polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan membabitkan kenderaan itu di jalan Kampung Suba Buan, Jalan Bau-Lundu pada 11 pagi.

    "Susulan daripada maklumat itu, polis kemudiannya bergegas ke lokasi sebelum mendapati kenderaan yang terbabas adalah sama dengan yang dilaporkan hilang dua jam sebelum itu.

    "Polis kemudiannya menggerakkan operasi mengesan suspek di kampung berkenaan dengan bantuan Unit K9 selepas mendapat maklumat dua lelaki melarikan diri ke dalam hutan," katanya dalam kenyataan di Kuching, malam tadi.

    Dev berkata, anjing pengesan polis bernama Zuo Lin akhirnya berjaya menjejaki seorang daripada suspek yang menyorok di dalam tong air berhampiran pondok manakala rakan jenayahnya dapat meloloskan diri kerana jejaknya terputus di kawasan sungai berhampiran.

    Katanya, semakan mendapati suspek yang ditahan baru dibebaskan dari Sekolah Henry Gurney pada Mei lalu dan kembali melakukan jenayah. "Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sia-Sia Sembunyi Dalam Tong Air Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top