My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 9 October 2017

    Sindiket Palsukan Sijil Semua IPT



    Sebuah firma penyiasatan penipuan dalam pekerjaan mendedahkan hampir semua sijil pengajian yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini pernah dipalsukan bagi digunakan untuk memohon pekerjaan. 

    Pengarah Urusan Verity Intelligence Sdn. Bhd., Mark Leow berkata, pihaknya telah mengesan lebih 400 sijil pengajian palsu dalam proses saringan ke atas 100,000 pemohon pekerjaan sepanjang tahun ini sahaja.

    Beliau berkata, lebih 70 peratus daripada sijil pengajian palsu itu menggunakan sijil yang dikeluarkan oleh pusat pengajian tempatan, manakala selebihnya menggunakan nama universiti dari luar negara. 

    “Selain Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Universiti SEGi (SEGi), banyak lagi sijil pengajian universiti lain yang telah dipalsukan berjaya dikesan seperti Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Taylor.

    “Kami telah menemui ratusan sijil palsu sejak 2010 lagi. “Kebanyakan sijil yang dipalsukan adalah daripada universiti awam dan terkenal. Sijil dari luar negara pula biasanya menggunakan universiti yang tidak pernah wujud,” katanya ketika ditemui di sini Khamis lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sindiket Palsukan Sijil Semua IPT Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top