My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 6 October 2017

    SPRM Cekup Naib Presiden Warisan



    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana dalam sebuah kementerian di negeri ini. 

    Menurut sumber, Anthony, 46, ditahan ketika tampil memberi keterangan di pejabat SPRM di sini semalam. “Ahli perniagaan yang kemudiannya berkecimpung dalam bidang politik itu dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada esok (hari ini) untuk direman,” katanya.

    Tambah sumber, turut ditahan ialah bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Norhartarty Rahmat, 40, dan seorang ahli perniagaan, Yu Sin Kong, 52. “Norhartarty ditahan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 8.15 malam ini manakala Sin Kong di pejabat SPRM negeri pada pukul 8.45 malam,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SPRM Cekup Naib Presiden Warisan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top