My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 10 October 2017

    Suasana Pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu Terkawal



    Lebih kurang 200 penyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) hadir memenuhi pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu pada hari permohonan perintah reman, Ketua Wira Warisan, Datuk Azis Jamman di sini hari ini. 

    Seawal pukul 8 pagi mereka mula berkumpul secara aman sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada pemimpin kanan parti berkenaan berhubung kes penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion yang diberikan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk membangunkan negeri Sabah.

    Turut kelihatan Naib Presiden Warisan, Junz Wong. Setakat pukul 11.30 pagi tadi suasana di pekarangan mahkamah terkawal dengan kawalan anggota polis bertugas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

    Selain ahli politik terbabit, Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim turut ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewengan yang sama. Ketiga-tiga mereka ditahan di pejabat SPRM Sabah di sini dan SPRM Tawau pada pukul 5 petang semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Suasana Pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu Terkawal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top