My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 17 October 2017

    Tiada Istilah Tikam Belakang



    Menjadi antara peserta senior, Rahim Sepahtu tidak malu apabila diumumkan tersingkir di minggu suku akhir Super Spontan Superstar 2017, Jumaat lalu. Penyingkiran itu agak mengejutkan kerana Rahim antara pelawak harapan serta memiliki aura dan lawak spontan yang mencuit hati. 

    Rahim berkata, dia tidak terkejut dengan penyingkirannya dan mengakui persembahannya pada malam itu kurang berkesan, sekali gus membuatkan ahli kumpulan Tenggiling Taiko mengundinya keluar. “Hampir setiap tahun saya menyertai program ini dan sudah masak dengan adat pertandingan,” katanya.

    Pada masa sama, Rahim turut menolak berlakunya isu ‘tikam belakang’ berikutan penyingkirannya itu. “Istilah ‘tikam belakang’ itu sudah kurang sesuai untuk digunakan. Ini kerana kalah dan menang serta sesi penyingkiran sudah menjadi adat pertandingan.

    Jika dulu, mungkin saya pernah terdetik rasa itu, tetapi selepas memahami konsep pertandingan, saya faham dengan corak persembahan ini. “Apabila tersingkir, saya tidak terkejut. Saya sudah menjangka perkara itu kerana apa saja boleh terjadi dalam program begini. Ini semua sebahagian daripada strategi permainan,” katanya.

    Menurut Rahim, dia tidak dapat meneka siapakah peserta yang bakal menjadi juara kerana setiap peserta mempamerkan aksi lawak spontan dan menghiburkan. “Susah untuk saya mengagak siapa bakal menang atau menyerlah kerana masing-masing mempunyai kekuatan dalam pertandingan ini. 

    “Justeru, saya harap semua peserta harus bermain dengan baik supaya penonton terhibur dan berpuas hati,” katanya. Rahim berkata, dia kagum melihat keletah Kamal Adli yang mewakili kumpulan King Musang dalam pertandingan itu.

    “Saya lihat Kamal mempunyai potensi besar dalam pertandingan ini kerana momentum persembahannya semakin menyinar. Tambahan pula, dia sudah meraih kelompok peminat yang ramai,” katanya.

    Selepas Rahim disingkirkan, kini Tenggiling Taiko hanya tinggal Achey (Kapten), Ozlynn, Sharif Zero, Mamak dan Shahrol. King Musang pula dibarisi Shuib (Kapten), Syuk, Fad Bocey, Kamal Adli dan Amy Mastura.

    Super Spontan Superstar 2017 bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, setiap Jumaat, jam 10 di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiada Istilah Tikam Belakang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top