My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 4 October 2017

    ‘Tsunami’ Landa Akuatik Negara



    PERSATUAN ­Renang Amatur Malaysia (ASUM) lebih gemar mengambil pendekatan ‘kunci mulut’ terhadap isu membabitkan pemenang pingat emas dalam acara terjun pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang dipercayai gagal melepasi ujian doping baru-baru ini. 

    Atlet terjun yang dipercayai wanita itu didapati bersalah selepas terdapat bahan larangan dalam sampel A individu tersebut hasil keputusan ujian makmal di New Delhi, India. Setiausaha Kehormat ASUM, Mae Chan sedia maklum me­ngenai perkara tersebut, namun enggan mendedahkan butiran lanjut sehingga siasatan selesai dijalankan.

    “Proses siasatan memakan masa yang panjang dan buat masa ini, kami tidak boleh mengeluarkan sebarang kenya­taan,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan Komanwel 2018 di Wisma Majlis Olimpik (MOM), Kuala Lumpur semalam.

    Terdahulu, Ketua Jawatan­kuasa Perubatan dan Anti­doping Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), Datuk Dr. SS Cheema mendedahkan, salah seorang atlet negara merupakan antara tiga individu yang didapati positif doping pada KL2017 baru-baru ini.

    Menurutnya, ujian makmal yang dilakukan di New Delhi mendapati terdapat bahan la­rangan dalam Sampel A ketiga-tiga atlet terbabit. “Kita menerima laporan daripada makmal di New Delhi dua minggu lalu yang mengesahkan kewujudan bahan larangan pada atlet yang menyertai KL2017. 

    “Namun, kita tidak boleh membuat kesimpulan dengan mengatakan kesemua atlet berkenaan bersalah sehingga siasatan menyeluruh dilakukan pihak berkaitan,” katanya.

    Sementara itu, Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar mendedahkan, atlet tersebut telah memohon untuk menguji semula keputusan ujian tersebut dengan menggunakan Sampel B yang sudah dihantar ke New Delhi.

    “Keputusan ini sudah pun di maklumkan kurang dari dua minggu lalu dan dia sudah memohon untuk Sampel B. Proses ini (Sampel B) juga memakan masa yang lama, sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 hari hingga dua minggu,” jelasnya.

    Sebagai rekod, atlet-atlet terjun negara yang berjaya memenangi pingat emas pada KL2017 ialah Cheong Jun Hoong, Pandelela Rinong, Wendy Ng Yan Yee, Leong Mun Yee, Traisy Vivien Tukiet, Nur Dhabitah Sabri dan Jasmine Lai.

    Selain isu doping, ASUM turut digemparkan dengan berita penahanan jurulatih mereka oleh pihak polis baru-baru ini kerana dakwaan merogol salah seorang atlet badan induk sukan tersebut.

    “Sekali lagi saya menegaskan, kami tidak boleh menjelaskan butiran lanjut mengenai kes ini. Ia sekarang merupakan kes polis. Jadi biar polis menyiasat perkara ini,” kata Mae Chan. Difahamkan, jurulatih kelahiran China itu pernah beraksi pada Sukan Olimpik dan kini menetap di Malaysia lebih dari lima tahun.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ‘Tsunami’ Landa Akuatik Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top