My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 3 October 2017

    Usahawan Tempatan Perlu Guna Pakai Teknologi Digital Dalam Operasi



    Malaysia berada di landasan tepat mencapai 20 peratus sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara berbanding 17 peratus masa ini. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri J Jayasiri berkata, ramai usahawan Malaysia mengguna pakai teknologi digital dalam melaksanakan operasi. 

    “Kebanyakan mereka terbabit dalam pemasaran Internet, perdagangan seberang sempadan digital dan e-logistik. Kita perlu melihat teknologi bukan sebagai pesaing, tetapi rakan kongsi dalam mewujudkan kerja berkualiti.

    “Ia sebabnya kerajaan mengutamakan inovasi dan menggalakkan penggunaan elemen Industri 4.0 bukan saja dalam sektor perkilangan, tetapi perkhidmatan dan membina skala ekonomi besar,” katanya dalam Simposium Perdagangan Digital peringkat Asia Pasifik di sini, semalam.

    Menurutnya, dalam matlamat membangunkan ekonomi digital untuk Malaysia, pemimpin perniagaan berperanan bersar kerana mereka adalah penerima langsung transformasi digital.

    Simposium dua hari itu bertemakan Masa Depan adalah Digital dengan kolaborasi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), SME Corporation Malaysia (SME Corp), dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Usahawan Tempatan Perlu Guna Pakai Teknologi Digital Dalam Operasi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top