My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 14 December 2017

    4 Mangsa Dibunuh Sebelum Dibakar


    Sepasang suami isteri termasuk dua orang cucu lelaki yang ditemui mati dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat dekat sini pagi semalam dipercayai dibunuh sebelum kediaman tersebut dibakar. 

    Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa yang maut ialah Chia Tee Nang, 73, iaitu seorang pemilik ladang khinzir termasuk isterinya, Lim Mai Shak, 68, dan cucu mereka Chua Yuan Bin, 3, serta Ryan Chia, 10.

    Bagaimanapun, terdapat seorang lagi cucu warga emas itu yang terselamat dalam tragedi tersebut. Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu ditemui oleh penduduk dengan keadaan leher dikelar dan dibawa ke Hospital Banting dekat sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

    Difahamkan Yuan Bin dan Ryan merupakan sepupu manakala seorang kanak-kanak lelaki yang terselamat itu tinggal bersama datuk dan nenek mereka. Dalam pada itu, kedua-dua bapa mangsa yang merupakan orang kelainan upaya dalam pertuturan turut kelihatan sugul di tempat kejadian.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 4 Mangsa Dibunuh Sebelum Dibakar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top