My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 18 December 2017

    44 Individu Ditangkap Terlibat Judi Haram


    Polis Sarawak berjaya memberkas 44 kaki judi menerusi 25 serbuan berasingan yang dijalankan sepanjang minggu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, serbuan yang dijalankan di beberapa daerah itu bertujuan membanteras kegiatan judi haram yang semakin berleluasa di negeri ini. 

    "Seramai 27 yang ditahan terlibat dengan kegiatan judi haram, 10 lagi terlibat dengan permainan loteri haram, manakala tujuh lagi ditangkap kerana bermain sabung ayam. Kesemua yang ditahan berusia antara 15 hingga 67 tahun termasuk enam warga asing," katanya dalam satu kenyataan tadi.

    Mengulas lanjut, Dev memberitahu, hasil serbuan turut merampas beberapa peralatan perjudian dan wang tunai yang kesemuanya berjumlah hampir RM9,000. Kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan 1962," ujarnya lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 44 Individu Ditangkap Terlibat Judi Haram Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top