My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 9 December 2017

    ACP Polis, Isteri Ditahan SPRM




    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui wang tunai hampir RM1 juta dan barangan kemas disimpan dalam kotak kasut dan peti besi di rumah seorang pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) di negeri ini kelmarin. 

    Semua aset tersebut ditemui semasa pasukan SPRM melakukan penggeledahan di rumah pegawai polis berusia 59 tahun itu bagi membantu siasatan rasuah dan menyalahguna kedudukan. Sebelum ini ACP tersebut bertugas sebagai ketua polis di sebuah daerah di negeri ini sebelum dia ditukarkan bertugas di sebuah jabatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada bulan lalu.

    Dalam kenyataan semalam, SPRM memberitahu, pegawai berkenaan ditahan di pejabat SPRM Perak pada pukul 7.30 malam kelmarin. Turut ditahan isterinya yang berusia 54 tahun dan seorang ahli perniagaan wanita berusia 34 tahun.

    SPRM berkata, ahli perniagaan itu disyaki mempunyai kepentingan dengan pegawai polis itu ketika dia berkhidmat sebagai ketua polis daerah dan dipercayai wanita berkenaan telah memberikan sejumlah wang untuk majlis perkahwinan anak pegawai polis berkenaan pada Februari lalu.

    “Ahli perniagaan itu dikatakan telah memasukkan wang sebanyak RM70,000 ke dalam akaun isteri pegawai polis tersebut dengan dua transaksi iaitu RM20,000 dan RM50,000. Wang tersebut turut didakwa digunakan oleh suami isteri itu untuk menganjurkan majlis perkahwinan anak mereka sekitar Februari lalu,” jelas kenyataan itu.

    Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM Putrajaya, Datuk Simi Abdul Ghani mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, ketiga-tiga individu berkenaan ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di pejabat SPRM.

    Katanya, ketiga-tiga mereka direman lima hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009. Terdahulu, pegawai polis itu, isteri dan ahli perniagaan dibawa ke kompleks mahkamah di sini pada pukul 10.45 pagi oleh pegawai SPRM dengan berpakaian lokap SPRM serta tangan bergari bagi mendapatkan perintah reman.

    Akhbar pada 29 Ogos lalu melaporkan, Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan siasatan bagi menyiasat penyebaran berunsur fitnah terhadap pegawai tersebut dan isterinya yang tular di media sosial.

    Ketiga-tiga mereka sebelum ini disiasat susulan dakwaan yang ditulis seorang individu melalui surat terbuka kepada Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman sosial Facebook.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ACP Polis, Isteri Ditahan SPRM Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top