My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 18 December 2017

    Tuanku Sultan Sudi Cemarkan Duli Guna LRT Dan MRT


    Usaha keras SPAD dalam mengurus dan mengatur cara pengangkutan awam terutamanya pengangkutan rel, memang tidak dapat di nafikan lagi. Hasil usaha berterusan hasil daripada sokongan daripada kerajaan akhirnya menampakkan kejayaan demi kejayaan sehinggakan pengangkutan awam rel negara berada pada tahap yang optimum.

    Pada 16 Disember lalu, Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah Al Haj telah sudi mencemar duli untuk menggunakan pengangkutan awam rel LRT dan MRT dan merasai sendiri perjalanan singkat dengan menggunakan kedua-dua pengangkutan rel berkenaan.

    Keberangkatan Baginda diiringi oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dengan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, Pengerusi Prasarana, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz turut sama mengiringi pasangan DiRaja berkenaan.

    Dalam ulasan Baginda, Paduka Sultan Selangor bertitah, Baginda begitu berbangga dengan mutu perkhidmatan LRT dan MRT serta kagum dengan teknologi canggih yang digunakan dan Baginda juga menzahirkan keselesaan Baginda sepanjang menggunakan kedua-dua perkhidmatan rel berkenaan.

    Justeru, Baginda Tuanku menyeru seluruh rakyat supaya menghargai dan tidak melakukan vandalisme atau kerosakan kepada kemudahan disediakan. Baginda turut berharap rakyat akan terus menggunakan pengangkutan awam itu dengan sebaiknya, sentiasa menjaga kebersihan serta tidak membuang sampah merata-rata di kawasan stesen juga di dalam tren.

    Jelas sekali, dari riak wajah Baginda tuanku Sultan Selangor, Baginda begitu berbangga dan gembira kerana hari ini, sistem pengangkutan awam negara berada pada tahap yang terbaik hasil daripada perancangan rapi kerajaan menerusi SPAD yang mengendalikan kesemua jenis pengangkutan awam darat negara. Sekalung tahniah diucapkan.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tuanku Sultan Sudi Cemarkan Duli Guna LRT Dan MRT Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top