My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 14 December 2017

    Bekas Timbalan Pengarah JANS Didakwa


    Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) berdepan dengan 146 pertuduhan pengubahan wang haram melalui pembelian tanah dan transaksi perbankan lebih RM32 juta di Mahkamah Sesyen di sini semalam. 

    Tertuduh, Teo Chee Kong, 52, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong. Sebanyak 78 pertuduhan disabitkan terhadap tertuduh melibatkan kesalahan memiliki 70 bidang tanah hasil daripada aktiviti haram melalui 78 transaksi bernilai RM12,705,203.30.

    Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

    Dia turut berdepan dengan 68 pertuduhan melibatkan enam kesalahan memiliki wang tunai hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM7,939,810.48 termasuk RM1,978,760.48 mata wang asing dan 62 kesalahan memiliki wang aktiviti haram di lapan institusi kewangan berbeza berjumlah RM12,287,240.07.

    Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) akta yang sama. Kesemua kesalahan tersebut dilakukan tertuduh antara tahun 2010 hingga tahun lalu sepanjang memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah JANS.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bekas Timbalan Pengarah JANS Didakwa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top