My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 14 December 2017

    Belah Perut Buaya, Cari Orang Hilang




    BUAYA sepanjang dua meter dibelah perutnya hari ini selepas dipercayai membaham lelaki yang dilaporkan hilang sejak 6 Disember lalu. Reptilia itu ditangkap kakitangan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) hari ini, di Sungai Kampung Sebemban, Gedong, Serian. 

    Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, bagaimanapun tiada sebarang organ manusia ditemui dalam perut buaya berkenaan.

    "Kakitangan JHS memasang umpan di sungai berkenaan beberapa hari lalu bagi menangkap buaya yang dipercayai membaham Ariff Bagoh, 45, 6 Disember lalu. Penduduk kemudiannya membuat keputusan untuk membelah perut buaya namun tiada organ manusia ditemui," katanya.

    Beliau berkata, mangsa dipercayai disambar buaya berdasarkan penemuan kesan tapak kaki reptilia itu berdekatan peralatan memancing milik mangsa yang ditemui di tebing sungai itu Tambahnya, operasi mencari mangsa yang masuk hari keenam masih diteruskan namun tiada sebarang petunjuk diperoleh.

    Katanya, umpan lain terus dipasang di sungai berkenaan kerana mangsa dipercayai dibaham buaya. Arif dilaporkan hilang kerana tidak pulang ke rumah selepas keluar bersendirian memancing di sungai berkenaan. Operasi mencari mangsa dijalankan APM, bomba, polis dan dibantu penduduk kampung.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Belah Perut Buaya, Cari Orang Hilang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top