My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 6 December 2017

    Dua Beradik Maut, Kereta Terjunam Dalam Sungai



    Dua beradik menemui ajal selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di pangkalan feri, Ladang Liku Estate Woodman di sini semalam. 

    Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, kejadian kira-kira pukul 1.40 petang itu mengakibatkan mangsa, Gary Nevile Wilson, 21, dan Gabriel Bryan Sibak Wilson, 23, maut kerana terperangkap dalam kereta tersebut.

    "Operasi sukar kerana arus deras dengan kedalaman sungai kira-kira lima meter dan jarak tebing ke kereta sekitar 15 meter. Mayat pertama ditemui pukul 5.01 petang, manakala mayat kedua dijumpai pukul 5.27 petang tadi," katanya ketika dihubungi semalam.

    Tambahnya, operasi ditamatkan kira-kira pukul 5.37 petang selepas kedua-dua mayat mangsa ditemui dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Beradik Maut, Kereta Terjunam Dalam Sungai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top