My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 5 December 2017

    Fattah Lelaki Penyayang, Melindungi - Fazura



    “Saya sangat bahagia bersuamikan Fattah kerana dia seorang lelaki yang penyayang, bertanggungjawab dan melindungi.” Itu reaksi bahagia yang dikongsikan aktres Fazura selepas seminggu bergelar isteri kepada pelakon popular Fattah Amin. 

    Kata Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 34, yang ditemui pada satu sesi temu bual semalam, dia bahagia melayari kehidupan sebagai seorang isteri selain menyifatkan Fattah adalah lelaki idaman yang ditunggu selama ini.

    “Selepas beberapa hari berkahwin, saya mengambil sedikit masa untuk menghadam perubahan hidup sebagai seorang isteri.

    “Namun lama-kelamaan apabila saya menjalankan tanggungjawab seperti memasak, membasuh pakaian dan memotong kuku suami, barulah saya faham inilah perasaan bahagia bergelar isteri,” ujarnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Fattah Lelaki Penyayang, Melindungi - Fazura Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top