My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 9 December 2017

    Gaduh Sampai Maut



    LELAKI Indonesia ditemui mati selepas dibelasah lelaki tempatan dalam pergaduhan di tapak pembinaan di Padawan, kira-kira 10 malam tadi. Mangsa, dikenali sebagai Agustinus, 22, dan berasal dari Singkawang, Indonesia. 

    Difahamkan, mangsa dibelasah selain dicekik suspek sebelum tidak sedarkan diri. Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh rakan sekerjanya. Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bersama suspek berusia 26 tahun dan beberapa lagi rakan sekerjanya minum minuman keras di tapak pembinaan berkenaan.

    "Mangsa dan suspek yang dalam keadaan mabuk kemudiannya mula bertengkar sebelum berlaku pergaduhan. Siasatan awal mendapati suspek bertengkar berpunca daripada rasa tidak puas hatinya kerana mangsa dituduh masuk ke dalam biliknya," katanya.

    Beliau berkata, selepas berlaku pertengkaran, mangsa masuk ke dalam biliknya di rumah kongsi berkenaan diikuti suspek yang kemudian mengunci pintu bilik berkenaan. Katanya, rakan mangsa kemudiannya mendengar bunyi bising sebelum keadaan mejadi senyap lima minit kemudian.

    "Rakan sekerja kemudiannya memecahkan pintu bilik berkenaan dan menemui mangsa terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri. Suspek yang masih berada di bilik berkenaan kemudiannya ditahan sebelum diserahkan kepada polis," katanya.

    Aidil berkata, mayat buruh binaan itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gaduh Sampai Maut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top