My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 7 December 2017

    Ganja Dalam Longgokan Hadiah



    Sepasang pengantin yang baru sahaja melangsungkan kenduri perkahwinan minggu lalu ditahan selepas polis menemui 23.7 kilogram (kg) ketulan ganja mampat dianggarkan bernilai RM72,000 di dalam bilik mereka di Sungai Dulang Darat Rengit, dekat sini kelmarin. 

    Pasangan berusia 26 dan 24 tahun yang baru sahaja mendirikan rumah tangga Oktober lalu itu ditahan bersama 24 ketulan ganja mampat yang ditemui di dalam tiga kotak berasingan bersama longgokan hadiah perkahwinan mereka.

    Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pasangan terbabit baru sahaja mengadakan majlis resepsi mereka minggu lalu di kediaman pengantin lelaki. Katanya, dalam serbuan itu juga polis menahan dua lagi suspek iaitu adik perempuan dan sepupu pengantin lelaki yang berusia 24 dan 23 tahun kerana dipercayai terlibat dalam kes terbabit.

    “Siasatan awal mendapati pengantin lelaki adalah suspek utama dan ketua sindiket Geng Doyok yang aktif mengedar ganja sejak tujuh bulan lalu untuk pasaran daerah ini dan Pontian,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ganja Dalam Longgokan Hadiah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top